Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang,
pada tahun antara 1400 hingga 1403.
Parameswara
merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri
Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Sriwijaya. Sang Nila Utama
mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya
dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang
kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399).
Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari
Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.
Parameswara
pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian
diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronik
Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403,
tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan upeti
yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada
kerajaan baru tersebut.
Parameswara
kemudian menganut agama Islam setelah menikahi puteri Pasai.
Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat
itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi
Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Sultan Megat
Iskandar Shah.
Megat Iskandar
Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah. Putera Sultan
Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak
menganut agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun
masa pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445,
masyarakat Melaka menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian
menggantikannya dengan gelaranSultan Muzaffar Syah.
Di bawah
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung
Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing
kemarahan Siam yang menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu
menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan
oleh Melaka.
Di bawah
pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah, Melaka menyerbu Kedah
dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang sama Johor,
Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya
kedua pesisir yang mengapit Selat Malaka.
Sultan Mansur
Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh
puteranya Sultan
Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat
baginda meninggal dan digantikan oleh putranya Sultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud
Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut
diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan
dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud
Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun
1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua tahun
kemudian. Puteranya Sultan
Mudzaffar Shah I, Perak kemudian
menjadi Sultan Perakyang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan
Alauddin Riayat Shah IImendirikan kerajaan baru iaitu Johor.
Kesultanan
Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh
pihak Portugis pada tahun 1511
No comments:
Post a Comment