There was an error in this gadget

Sunday, 20 May 2012

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN- SUBTAJUK DALAM PSV (Pendidikan Seni Visual)


PENGENALAN
Subjek pendidikan seni Visual (PSV) merupakan subjek pilihan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar-pelajar aliran kesusasteraan dan kesenian dikebanyakkan sekolah-sekolah di Malaysia. Diperingkat sekolah menengah rendah, Pelajar-pelajar mula mengambil subjek ini bermula dari tingkatan 1 dan sebelumnya bermula seawal tahun 5 di peringkat sekolah rendah dan merupakan mata pelajaran wajib diperingkat ini.
Bagi memudahkan dan mengecilkan skop tugasan ini, Subjek Pendidikan Seni Visual tingkatan dua akan menjadi rujukan dan perbincangan berkaitan masalah pembelajaran di kalangan pelajar di SMK Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. PSV merujuk kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, sastera atau seni mempertahankan diri. PSV sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan dalam aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Tujuannya untuk meningkatkan daya kretiviti pelajar disamping membawa nilai-nilai positif didalamnya. Kurikulumnya melibatkan perkara berkaitan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf tradisional. Pelajar-pelajar diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan diharapkan pelajar mengamalkannya dalam kehidupan serta mengaplikasikan ilmu yang diperolehi untuk meningkatkan nilai hidup (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).




Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah diajarkan adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif dan inovasi serta dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam pengalaman mengajar subjek ini, beberapa masalah pembelajaran telah dikenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kelas.
Antara objektif PSV di sekolah menengah bertujuan untuk menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni, meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya, menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mencipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti, membuat diskripsi, analisis, interprestasi dan penilaian terhadap karya seni visual dan akhir sekali ialah mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002)
Dalam menyentuh organisasi kurikulum PSV ini ia terbahagi kepada dua bidang iaitu bidang penghasilan seni visual serta sejarah dan apresiasi seni visual. Kedua-dua bidang ini akan membekalkan kepada pelajar kemahiran-kemahiran baru yang pelbagai. Bagi tujuan ini tanggungjawab guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kedua-dua bidang ini menjurus kepada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pembinaan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Maka jelas, dalam organisasi kurikulum PSV terdapat pelbagai aspek yang penting dalam membentuk pelajar yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru harus berusaha dan mengubah persepsi di kalangan pelajar bahawa PSV merupakan subjek kelas kedua, pilihan dan tidak perlu untuk diajarkan dalam P&P.



Masalah pembelajaran pelajar yang utama dalam mempelajari PSV ialah pelajar kurang berminat sama sekali dengan subjek ini, keadaan ini berpunca daripada wujudnya kepelbagaian pelajar atau perbezaan individu itu dalam kelas. Aspek perbezaan individu ini termasuklah fizaikal, emosi, mental, sosial, budaya, personaliti, bahasa, agama, gaya kognitif dan temperamen. Aspek-aspek ini membentk masalah kepada pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan juga pelajar, ia dapat diterangkan dalam RAJAH 1 berikut.
 










                                                                                           


Sumber: Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor (2007).
                                         RAJAH 1 Aspek Perbezaan Individu.

TEORI-TEORI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
      Walaupun aspek-aspek perbezaan individu ini banyak, kita akan membincangkan beberapa aspek yang menyumbang kepada masalah pelajar di SMK Seri Permaisuri kurang berminat untuk mempelajari subjek PSV. Antaranya ialah kita akan melihat personaliti pelajar, emosi, bakat dan minat, kreativiti dan akhirnya sosioekonomi pelajar. Dengan mencari punca masalah pembelajaran ini, kita akan cuba menyelesaikan dengan mengaplikasi teori-teori dalam psikologi pendidikan. Teori-teori yang akan digunakan ialah Teori Personaliti Freud, Teori Kecergasan Howard Gardner, Teori Pelaziman Operan Skinner dan Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura.
Teori Personaliti Freud (1856-1939)
            Secara ringkasnya, Sigmund Freud telah mencipta model personaliti yang dibahagikan kepada tiga bahagian:
1.      Id
Bahagian pemikiran manusia dibawah tidak sedar, ia bersifat klasik dan primitive dan sangat akur pada desakan emosi dan naluri serta berfungsi untuk semata-mata mendapatkan kepuasan dan keseronokan. Perasaan id akan berfungs jika ada desakan dan tujuanya untuk memenuhinya seperti jika seseorang itu lapar, maka dia akan memuaskanya dengan segera mendapatkan makanan.

2.      Ego
Mengikut Freud, ego terletak di tiga alam kesedaran iaitu pertama dalam alam sedar, kedua terletak dalam alam prasedar dan akhirnya terletak dalam alam tidak sedar. Ego digunakan dalam seseorang membuat keputusan dan bertindak secara realiti. Ego berfungsi untuk mengawal desakan id dan membentuknya supaya berfikiran baik dan realistic, seseorang yang egonya baik akan membimbing diri supaya tidak melanggar nilai dan norma dalam masyarakat.

3.      Superego
Menurut Frued, superego terdapat dua kompenen iaitu kendiri unggul dan hati kecil (nurani), ia terbentuk daripada personaliti bermoral yang diterima oleh masyarakat, moral dan didikan agama. Fungsi superego menghantar arahan kepada ego untuk bertindak mengawal id.
            Setelah memahami secara ringkas tentang penbentukan personaliti yang dianjurkan Freud, guru akan mudah untuk mengaplikasikan teori ini dengan masalah pembelajaran pelajar di dalam kelas sebagai cara atau jalan penyelesaian. Guru perlu bersifat perihatin seperi mengingati nama pelajar terutama pelajar yang menunjukkan personality negatif untuk membentuk kepada personaliti yang lebih positif. Guru juga harus lebih peka terhadap perkembangan personaliti pelajar ini untuk memudahkan guru menguasai pelajar dan kawalan kelas menjadi lebih mudah. Jika keadaan ini berlaku, maka p&p akan mudah disampaikan dan masalah pembelajaran juga akan dapat dikurangkan.
Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Garner (1983)
Menurut Garner, kecerdasan yang terdapat pada seseorang bukanlah hanya diwarisi semata-mata. Pada pandangan beliau, jika ibu bapa tidak cerdas tidak semestinya anak-anak turut akan tidak cerdas. Begitu juga sebaliknya jika ibu bapa cerdas, belum pasti anak-anak akan menjadi cerdas secara semula jadi. Perkara ini melalui kajian beliau terhapat lapisan masyarakat, kanak-kanak biasa dan istemewa serta kelompok manusia yang mempunyai kriteria yang istemewa. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor, 2007)



Menurut Gardner lagi, teori ini berdasarkan ujian yang mengukur kemampuan pemikiran. Kecerdasan pelbagai mempunyai Sembilan jenis hasil daripada pengembangan kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosi (EQ), dan kecerdasan spiritual (SQ). Ini dapat diterangkan dengan RAJAH 2 berikut

Rounded Rectangle: 1.Muzik
Rounded Rectangle: KECERDASAN PELBAGAI
Rounded Rectangle: 2. Logik-matematik
Rounded Rectangle: 3. Naturalis
Rounded Rectangle: • Kebolehan mengamati dunia melaui visual dan ruang
• Mereka yang kaya dengan imaginasi kreatif
• Kebolehan melukis, mengenali warna dan ruang, mengecat.
• Berpotensi untuk menjadi arkitek, pelukis dan pengukir
Rounded Rectangle: 4. Verbal-linguistik
 





Rounded Rectangle: 5. Kinestetik                                                                                                       

Rounded Rectangle: 6. Interpersonal
Rounded Rectangle: 7. Intarapersonal
Rounded Rectangle: 9. Eksistensialisme
 






                  RAJAH 2- Teori Kecerdasan Pelbagai (kecerdasan ruang-visual).


Dalam menyelesaikan masalah pembelajaran dalam subjek PSV, guru perlu berfikiran terbuka dan keluar daripada teknik P&P tradisonal. Dengan mengetahui terdapatnya jenis-jenis kecerdasan pelbagai ini menuntut guru lebih peka keadaan sekeliling untuk menjadikan perkembangan P&P dapat dijalankan dengan baik.
Teori Pelaziman Operan Skinner
Bagi memudahkah kita memahami teori pelaziman operan skinner, rujuk kepada RAJAH 3 di bawah.
Rounded Rectangle: Teori pembelajaran behaviorisme
 










Sumber: Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor, 2007)
                                   RAJAH 3- Teori Pelaziman Operan Skinner.


Prinsip-prinsip pembelajaran yang dikemukan oleh ahli psikologi behaviorisme sangat praktikal dan berkesan untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah, hanya memerlukan sedikit perancangan oleh guru untuk menyelesaikan maslah pembelajaran pelajar yang dapat dikesan mengikut pelajarnya. Menurut Skinner (1953) dalam teori pelaziman beliau menyatakan tingkah laku itu boleh dikukuhkan atau dihapuskan (tidak diulang) jika diberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya akan membentuk perlakuan yang kompleks daripada pelakuan yang mudah.
Teori ini mudah dan guru perlu mengaplikasikan semasa menjalankan P&P di bilik darjah. Peneguhan merujuk kepada satu gerak balas yang memuaskan setelah sesuatu tingkah laku dipamerkan (skinner 1953). Dalam teori ini peneguhan dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif lebih kepada bentuk motivasi diri kepada pelajar seperti kata-kata pujian, senyuman atau tepukan tangan. Peneguhan negative pula tindak balas yang kurang selesa akibat satu tingkah laku yang ditunjukan pelajar, contoh paling mudah ialah guru memarahi pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah atau menegur kerana tidak berminat dalam kelas. Skinner juga menerangkan dua jenis hukuman iaitu hukuman persembahan dan hukuman penyingkiran.
Hukuman persembahan lebih kepada tindakan rangsangan untuk menjadikan satu perubahan positif daripada tindakan yang negatif, ia bersifat sekadar menakutkan pelajar dan tidak melibatkan aktiviti fizikal. Sebagai contoh hukuman ini ialah lari pusing padang, memberikan kerja tambahan dan membersihkan tandas sekolah. Hukuman penyingkiran pula ialah melibatkan satu arahan untuk menyekat yang bertujuan sebagai hukuman, contohnya guru mengenakan hukuman tidak masuk ke dalam bilik tayangan semasa kelas PSV seperti kelazimanya atas sebab kebanyakkan pelajar gagal ujian pertama persekolahan.




Teori Modeling Albert Bandura (1925 hingga kini)
            Dalam teori modeling, Dr. Bandura menjelaskan bahawa pembelajaran bukan sahaja melalui rangsangan tindak balas tetapi melalui peniruan. Beliau menekankan bahawa peniruan model merupakan asas penting dalam pembelajaran sosial. Contohnya apabila tingkah laku seseorang itu ditiru, maka orang itu secara langsung menjadi model si peniru tanpa memerlukan sebarang peneguhan atau ganjaran. Beliau menambah lagi, satu sifat kelemahan manusia adalah tidak mampu untuk memberikan ganjaran kepada semua manusia dalam satu masa yang sama. Menurut beliau, binatang dan manusia akan belajar melalui proses peniruan walaupun tidak diberikan ganjaran atau peneguhan. Kajian Dr. Bandura yang popular ialah kajian tingkahlaku agresif kepada sekumpulan kanak-kanak dengan menggunakan patung “Bobo”.
            Dalam teori modeling, Dr. Bandura melibatkan empat proses iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Peniruan bermula daripada proses pemerhatian, dengan melakukan pemerhatian terhadap sesuatu model seseorang akan mempelajari sesuatu yang ingin ditirunya. Proses penyimpanan akan berlaku dalam bentuk gambaran dalam minda tentang tingkah laku yang ingin ditirunya, proses peniruan berterusan kepada tahap pengeluaran iaitu mengeluarkan semula maklumat tingkah laku yang ingin ditiru atau menukarkan satu idea kepada perlakuan nyata. Proses pengeluaran maklumat kepada tindakan ini akan lebih berkesan sekiranya seseorang itu membuat latihan yang berterusan. Akhir sekali ialah proses motivasi, apabila seseorang itu meniru sesuatu tindakan atau tingkah laku akan wujud faktor-faktor motivasi sebagai peneguhan seperti ganjaran yang diingini sebagai pendorong pembelajaran yang berterusan.
            Sebagai mengaplikasikan teori ini dalam menjawab permasalahan pembelajaran pelajar, guru harus kreatif untuk menjadikan diri guru itu sebagai model ikutan. Cara lain adalah menjadikan orang sekeliling seperti kalangan pelajar sendiri, ibu bapa pelajar atau tokoh-tokoh pemimpin setempat sebagai model untuk diperhatiakn oleh pelajar-pelajar yang bermasalah di sekolah sebagai pendorong untuk berubah kepada lebih baik.

MENGAPLIKASIKAN TEORI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
            Kebanyakkan pelajar kurang berminat untuk mempelajari subjek PSV di dalam kelas, contohnya pada bab awal pelajar akan didedahkan dengan Asas Seni Reka iaitu memperkenalkan unsur-unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna. Kandungan silibus seperti ini dianggap kelaziman biasa bagi pelajar, walaupun hakikatnya mereka harus lebih mengetahui secara formal dan sistematik. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan aspek personaliti pelajar itu, menurut Teori Personaliti Freud, setiap murid di dalam kelas mempunyai komponen personaliti yang berbeza-beza iaitu id, ego dan superego (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor 2007).
Jika pelajar itu beranggapan bahawa kandungan silibus dalam PSV ini adalah sesuatu yang biasa dan tidak perlu dipelajari, maka pelajar ini akan bertindak untuk membuat perkara lain, melakukan tindakan-tindakan untuk menarik perhatian guru dan rakan dan seterusnya mengganggu P&P yang sedang berjalan. Pelajar ini telah menonjolkan idnya iaitu lebih mengutamakan keperlua diri sendiri sahaja tanpa mengira keperluan orang lain termasuk rakan yang ingin belajar atau pun guru yang sedang mengajar. Dalam membincangkan personaliti pelajar ini, tahap umur awal 14 tahun membuatkan pelajar-pelajar ini masih lagi terbawa-bawa sikap dan perangai semasa sekolah rendah, maka sifat keanak-anakkan jelas terlihat di dalam bilik darjah. Personaliti-personaliti pelajar seperti id, ego dan superego harus difahami oleh guru sebelum menjalankan P&P demi memastikan guru akan dapat menjalankannya dengan lebih effisen pengajaran silibus PSV dengan tahap personaliti pelajar-pelajar ini.
            Masalah pembelajaran pelajar yang kurang berminat dengan PSV juga berkait rapat dengan kecerdasan pelajar, di SMK Seri Permaisuri bukan semua pelajar tingkatan dua tidak berminat dalam subjek PSV ini. Terdapat di dalam silibus PSV berkaitan dengan komunikasi visual yang memerlukan pelajar membuat grafik dan multimedia serta memerlukan pelajar menggunakan teknologi, perisian dan internet. Keadaan ini menjadikan pelajar-pelajar daripada kategori kecerdasan visual-ruang amat berminat untuk mempelajarinya. Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar mempunyai tahap kecerdasan visual-ruang seperti yang dikatakan dalam teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner (1983). Keadaan ini akan menjadikan pelajar-pelajar yang mempunyai kecerdasan pelbagai yang lain seperti verbal-linguistik, logical –matematik, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalist dan eksistensialisme kurang berminat atau menjadi tidak berminat langsung sekiranya P&P untuk PSV dijalankan.
            Bagi pelajar yang mempunyai kecerdasan visual –ruang biasanya mereka tiada masalah untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti seni kerana kebolehan mereka mengamati dunia luar secara visual. Mereka mampu menceritakan secara gambaran dan bayangan tiga dimensi, pelajar-pelajar jenis ini kaya dengan imaginasi dan kreatif dalam perkara-perkara yang melibatkan visual, jika dilatih dan terus dicungkil bakat mereka biasanya golongan pelajar ini akan menjadi pelukis terkemuka, arkitek, pengukir dan pereka yang hebat. Guru perlu sedar dengan kepelbagaian kecerdasan dalam bilik darjah sebelum menjalankan p&p, pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk mempelajari subjek PSV atas kecenderungan kecerdasan mereka kepada bidang lain tidak harus di pinggirkan, dengan menggunakan teori modeling, pelajar-pelajar ini harus diberikan gambaran. Gambaran yang sesuai untuk dijadikan contoh ialah rakan mereka yang mempunyai kecerdasan visual-ruang, terangkan komitmen dan kesungguhan rakan mereka ini dalam menghasilkan karya seni, menunjukkan hasil karya yang cantik dan memfokuskan kerja yang boleh diceburi untuk aktif dalam bidang seni visual ini.
Keadaan kecerdasan emosi (EQ) juga boleh diambil kira, ia mungkin disebabkan persekitaran pelajar sama ada keaadaan berlaku di rumah seperti pergaduhan ibu bapa pelajar, pelajar bergaduh sesama sendiri, dimarahi guru atau masalah percintaan zaman remaja. Emosi pelajar perlu diambil kira, contohnya di dalam sub-tajuk komunikasi visual ini sesetengah pelajar telah berjaya menghasilkan grafik yang menarik akan berasa bangga dan terus berminat untuk mencuba. Berbanding kepada pelajar-pelajar yang gagal membuat tugasan grafik akan berasa rendah diri, dan kurang berminat untuk meneruskan pembelajaran, perkara ini akan lebih teruk lagi apabila pelajar tadi ditertawakan oleh rakan-rakan yang berjaya menghasilkan grafik yang menarik tadi.


 Oleh kerana itu, guru harus dapat mengawal emosi diri sendiri dahulu dan harus peka terhadap kecerdasan emosi pelajar-pelajar di dalam kelas. Bagi guru yang peka dia akan dapat meramalkan perubahan emosi pelajar kerana emosi ialah gambaran perasaan pada seseorang. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor (2007) dan lebih mudah guru ini menguasai dan mengawal keadaan seterusnya melancarkan penyampaian P&P di dalam kelas. Merupakan satu perkara yang merugikan sekiranya pelajar-pelajar sudah berminat untuk belajar, tetapi dihalang oleh satu-satu perkara yang melibatkan emosi semata-mata. Emosi merupakan sifat dalaman seseorang, kesan emosi akan mempengaruhi tingkah laku dan cara mengawal emosi memerlukan kemahiran yang harus dipelajari (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor,2007), keadaan ini bagi memastikan guru sentiasa dapat mengawal emosi diri sendiri atau pun emosi pelajar-pelajarnya.
Satu masalah pembelajaran dalam subtopik PSV ialah memerlukan anugerah bakat dan minat untuk menghasilkan karya seni yang benar-benar menarik dan dapat dinilai. Bakat adalah satu anugerah dan setiap manusia akan membawa bakat tersendiri. Bakat menyanyi, melukis, bercerita dan berlakon adalah contoh bakat yang ada. Minat pula ialah kecenderungan individu yang tinggi terhadap satu aktiviti dan ia bersifar universal (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor,2007). Sebagai contoh dalam penghasilan Seni Halus pelajar akan menghasilkan karya seperti lukisan, catan, arca dan cetakan. Semua sub-sub topik ini sebenarnya memerlukan bakat dan minat yang mendalam serta kesungguhan untuk menghasilkan karya berbentuk seni halus. Kerap kali pelajar tingkatan dua di SMK Seri Permaisuri menjadikan alasan tidak berbakat dan tidak berminat dalam penghasilan karya seni dan seterusnya menjadikan mereka tidak mahu belajar.




Albert Bandura dalam teori pembelajaran sosial ada menyatakan bahawa pembelajaran itu menerusi pemerhatian dan peniruan atau menjadikan sesuatu itu model untuk diikuti (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor, 2007). Maka dengan mengaplikasikan Teori Model ini, guru itu sendiri harus berbakat dan mempunyai minat yang mendalam dalam penghasilan karya seni. Contohnya, jika guru mengarahkan pelajar untuk melukis satu pemandangan dengan gunung-ganang dan sawah padi dalam masa yang sama guru itu sendiri tiada teknik melukis, tiada pengetahuan cara pengolahan unsur-unsur seni atau pun tidak mengetahui teknik-teknik catan (Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, 2006) sudah barang tentu pelajar akan mula bosan dan tiada idea untuk menghasilkan karya yang baik.
Dalam keadaan ini, guru tidak harus dipersalahkan semata-mata kerana adalah mustahil seorang guru yang opsyen sains dan tidak mempunyai bakat atau minat dalam penghasilan karya seni diarahkan oleh pentadbiran sekolah untuk mengajar PSV. Faktor-faktor seperti ini amat sukar diatasi untuk menyelesaikan masalah pembelajaran dalam PSV melibatkan bakat dan minat. Walaubagaimana pun, sebenarnya dalam silibus PSV telah terdapat cara dan teknik penghasilan hasil seni itu, inisiatif guru amat diperlukan untuk mengasah minat dalam penghasilan karya seni walaupun guru itu tiada bakat. Sekurang-kurangnya guru harus dapat menghasilkan satu karya lukisan pemandangan yang cantik pada pandangan pelajar dan itu memadai untuk pelajar-pelajar ini menjadikannya sebagai contoh dan idea untuk menghasilkan karya seni mereka. Apabila pelajar-pelajar ini mula berminat dengan hasil karya guru tadi, mereka akan mula berminat untuk menghasilkan karya yang hampir atau lebih baik daripada hasil karya guru, maka teori model Dr. Bandura boleh diaplikasikan dalam masalah ini.
Subtopik dalam silibus PSV ada mengajar tentang kraf tradisonal dan dimensi baru, dalam tajuk ini memerlukan pelajar mempelajari asas pembuatan tembikar, batik, ukiran kayu, anyaman, tenunan dan seni tekat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Masalah pembelajaran di sini ialah memerlukan kreativiti pelajar kerana pelajar akan menghasilkan motif-motif atau corak mereka sendiri sebelum diterjemahkan kepada ukiran sebenar. Masalah mula timbul apabila pelajar-pelajar ini terbahagi kepada dua kumpulan besar secara tidak langsung,
Kumpulan pertama mereka yang tidak berminat dengan subtopik ini terdiri daripada pelajar-pelajar kelas cemerlang hingga pertengahan. Manakala kumpulan satu lagi ialah pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam kebanyakkan daripada pelajar-pelajar galus dan kurang cemerlang. Mengikut kajian, pelajar sederhana lebih kreatif daripada pelajar pintar, dan tidak dinafikan pelajar yang tinggi tahap kecerdasanya mudah menjadi kreatif. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor, 2007). Keadaan ini berlaku dalam kalangan pelajar tingkatan dua SMK Seri Permaisuri dalam mempelajari subtopik ini, kita boleh melihat bahawa pelajar di kelas cemerlang tidak kurang berminat kerana tidak mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
Manakala pelajar daripada kelas kurang cemerlang pula mempunyai daya kreatif tinggi dan menunjukkan minat terhadap subtopik ini tetapi kurang mempunyai kecerdasan tinggi dalam pelajaran. Peranan guru dalam galakan dan peneguhan amat penting kepada kedua-dua jenis kumpulan ini, Teori Peneguhan Skinner boleh digunakan dalam menghadapi maslah pembelajaran ini. Bagi pelajar-pelajar cemerlang, guru boleh memberikan peneguhan negatif seperti memarahi kelas-kelas cemerlang ini dengan memberi contoh rakan pelajar mereka daripada kelas bawah tetapi mempunyai minat dan kreatif, guru juga boleh membawa hasil-hasil karya daripada pelajar-pelajar kurang cemerlang ini sebagai motivasi kepada kumpulan yang tidak berminat dengan subtopik PSV ini.
Dengan demikian kumpulan pelajar yang cemerlang ini akan rasa tercabar dan akan menukar persepsi terhadap PSV dan berusaha untuk merangsang daya kretiviti mereka pada masa akan datang. Bagi peneguhan kepada pelajar yang kurang cemerlang tetapi kreatif pula, guru perlu menggunakan peneguhan positif kepada mereka. Guru boleh mengangkat karya-karya seni mereka yang baik untuk dijadikan contoh kepada rakan lain, menampal atau menggangtung hasil karya mereka di sudut-sudut bacaan atau memberikan hadiah kepada mereka yang mampu menghasilkan karya seni yang baik atau sekurang-kuarangnya guru harus memuji hasil yang telah dicipta oleh pelajar-pelajar ini. Perkara ini akan menjadi motivasi dalam P&P akan datang. Kesan jangka panjang, pelajar ini akan terus memperkembangkan bakat dan kreativiti mereka walaupun kurang dari segi kecerdasan. Oleh itu guru harus meneliti tahap kreativiti yang dimiliki oleh pelajar dan berusaha mencari jalan untuk menggembangkannya.
KESIMPULAN
Masalah pembelajaran di kalangan pelajar tingkatan dua di SMK Seri Permaisuri dalam PSV bukan berpunca semata-mata dengan kandungan silibus PSV itu sahaja, tetapi lebih kepada faktor penyampaian P&P guru,  terdapatnya perbezaan individu dan kepelbagaian kecerdasan pelajar di dalam sesebuah kelas itu. Kandungan silibus yang telah diatur oleh Kementerian Pelajaran Malaysia cukup lengkap dengan sukatan dan huraian pelajaran serta ianya praktikal untuk P&P pelajar-pelajar ini.
Pengolahan teknik guru berkaitan kaedah penyampaian P&P dalam melaksanakan silibus PSV amat penting, dengan mengaplikasikan beberapa terori dalam pendidikan seperti Teori Pelaziman Operan, Teori Modeling, Teori Kecerdasan dan Teori Personaliti menjadikan guru akan lebih maju dalam melaksanakan tugas malah dapat mengurangkan permasalahan dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Kepekaan guru dalam mengaplikasikan teori-teori pendidikan  ini mencerminkan kesediaan, kesungguhan dan kematangan fikiran seorang guru dalam menghadapi kepelbagaian pelajar di sebuah sekolah itu.
Kepelbagaian pelajar begini memberikan implikasi yang besar dalam isu bilik darjah contonya cara pelajar mendapatkan peneguhan, gaya belajar pelajar, gaya berfikir dan kaedah p&p yang ingin dijalankan oleh guru. Guru tidak seharusnya menjadikan alasan tahap kecerdasan pelajar untuk tidak mengajar dengan sempurna atau menjadikan alasan silibus subjek tidak praktikal untuk disampaikan. Guru masa kini harus berusaha lebih dan meninggalkan cara klasik dalam P&P seiring perubahan zaman pelajar yang terdedah kepada maklumat-maklumat yang dapat diperolehi dengan mudah. Guru-guru akan menjadi model yang hebat di mata pelajar, sebagai bahan rujukan bergerak mereka dan mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Kementerian Pelajaran Malaysia 1996).


Bibliografi
Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman (2008), Falsafah Pendidikan dan Kurikulum edisi
kedua, Tanjong Malim Perak : Quantum Books.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 2 KBSM
Pendidikan Seni Visual, Kementerian Pendidikan Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mazlan Othman, Ruzitah Tapah (2006), Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM
Tingkatan 2, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor (2007), Psikologi Pendidikan, 
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.