PENGENALAN
Subjek pendidikan seni
Visual (PSV) merupakan subjek pilihan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) untuk pelajar-pelajar aliran kesusasteraan dan kesenian dikebanyakkan
sekolah-sekolah di Malaysia. Diperingkat sekolah menengah rendah, Pelajar-pelajar
mula mengambil subjek ini bermula dari tingkatan 1 dan sebelumnya bermula
seawal tahun 5 di peringkat sekolah rendah dan merupakan mata pelajaran wajib
diperingkat ini.
Bagi memudahkan dan
mengecilkan skop tugasan ini, Subjek Pendidikan Seni Visual tingkatan dua akan
menjadi rujukan dan perbincangan berkaitan masalah pembelajaran di kalangan
pelajar di SMK Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. PSV merujuk kepada seni
tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, sastera atau seni
mempertahankan diri. PSV sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam
proses penghasilan dengan melibatkan dalam aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan.
Tujuannya untuk
meningkatkan daya kretiviti pelajar disamping membawa nilai-nilai positif
didalamnya. Kurikulumnya melibatkan perkara berkaitan seni halus, komunikasi
visual, reka bentuk dan kraf tradisional. Pelajar-pelajar diterapkan dengan
penghayatan warisan seni visual dan diharapkan pelajar mengamalkannya dalam
kehidupan serta mengaplikasikan ilmu yang diperolehi untuk meningkatkan nilai
hidup (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).
Matlamat Pendidikan
Seni Visual sekolah menengah diajarkan adalah untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai estetik yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif dan inovasi serta dapat menyumbang kepada pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam
pengalaman mengajar subjek ini, beberapa masalah pembelajaran telah dikenal
pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kelas.
Antara objektif PSV di
sekolah menengah bertujuan untuk menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni, meningkatkan
pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang
seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya, menggunakan
pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mencipta barangan kraf
dan produk seni visual yang berkualiti, membuat diskripsi, analisis,
interprestasi dan penilaian terhadap karya seni visual dan akhir sekali ialah
mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002)
Dalam menyentuh
organisasi kurikulum PSV ini ia terbahagi kepada dua bidang iaitu bidang
penghasilan seni visual serta sejarah dan apresiasi seni visual. Kedua-dua
bidang ini akan membekalkan kepada pelajar kemahiran-kemahiran baru yang
pelbagai. Bagi tujuan ini tanggungjawab guru perlu mengintegrasikan kedua-dua
bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kedua-dua bidang ini
menjurus kepada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pembinaan
individu, keluarga, masyarakat dan negara. Maka jelas, dalam organisasi
kurikulum PSV terdapat pelbagai aspek yang penting dalam membentuk pelajar yang
dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru harus berusaha dan
mengubah persepsi di kalangan pelajar bahawa PSV merupakan subjek kelas kedua,
pilihan dan tidak perlu untuk diajarkan dalam P&P.
Masalah pembelajaran
pelajar yang utama dalam mempelajari PSV ialah pelajar kurang berminat sama
sekali dengan subjek ini, keadaan ini berpunca daripada wujudnya kepelbagaian
pelajar atau perbezaan individu itu dalam kelas. Aspek perbezaan individu ini
termasuklah fizaikal, emosi, mental, sosial, budaya, personaliti, bahasa, agama,
gaya kognitif dan temperamen. Aspek-aspek ini membentk masalah kepada pengajaran
dan pembelajaran kepada guru dan juga pelajar, ia dapat diterangkan dalam RAJAH 1 berikut.
![]() |
|||
![]() |
Sumber: Suppiah
Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor (2007).
RAJAH 1 Aspek Perbezaan Individu.
TEORI-TEORI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Walaupun aspek-aspek perbezaan individu ini banyak, kita akan
membincangkan beberapa aspek yang menyumbang kepada masalah pelajar di SMK Seri
Permaisuri kurang berminat untuk mempelajari subjek PSV. Antaranya ialah kita
akan melihat personaliti pelajar, emosi, bakat dan minat, kreativiti dan
akhirnya sosioekonomi pelajar. Dengan mencari punca masalah pembelajaran ini,
kita akan cuba menyelesaikan dengan mengaplikasi teori-teori dalam psikologi
pendidikan. Teori-teori yang akan digunakan ialah Teori Personaliti Freud, Teori
Kecergasan Howard Gardner, Teori Pelaziman Operan Skinner dan Teori
Pembelajaran Sosial Albert Bandura.
Teori Personaliti Freud (1856-1939)
Secara
ringkasnya, Sigmund Freud telah mencipta model personaliti yang dibahagikan
kepada tiga bahagian:
1.
Id
Bahagian pemikiran
manusia dibawah tidak sedar, ia bersifat klasik dan primitive dan sangat akur
pada desakan emosi dan naluri serta berfungsi untuk semata-mata mendapatkan
kepuasan dan keseronokan. Perasaan id akan berfungs jika ada desakan dan
tujuanya untuk memenuhinya seperti jika seseorang itu lapar, maka dia akan
memuaskanya dengan segera mendapatkan makanan.
2.
Ego
Mengikut Freud, ego
terletak di tiga alam kesedaran iaitu pertama dalam alam sedar, kedua terletak
dalam alam prasedar dan akhirnya terletak dalam alam tidak sedar. Ego digunakan
dalam seseorang membuat keputusan dan bertindak secara realiti. Ego berfungsi
untuk mengawal desakan id dan membentuknya supaya berfikiran baik dan
realistic, seseorang yang egonya baik akan membimbing diri supaya tidak
melanggar nilai dan norma dalam masyarakat.
3.
Superego
Menurut Frued, superego
terdapat dua kompenen iaitu kendiri unggul dan hati kecil (nurani), ia
terbentuk daripada personaliti bermoral yang diterima oleh masyarakat, moral
dan didikan agama. Fungsi superego menghantar arahan kepada ego untuk bertindak
mengawal id.
Setelah memahami secara ringkas tentang penbentukan personaliti
yang dianjurkan Freud, guru akan mudah untuk mengaplikasikan teori ini dengan
masalah pembelajaran pelajar di dalam kelas sebagai cara atau jalan
penyelesaian. Guru perlu bersifat perihatin seperi mengingati nama pelajar
terutama pelajar yang menunjukkan personality negatif untuk membentuk kepada
personaliti yang lebih positif. Guru juga harus lebih peka terhadap
perkembangan personaliti pelajar ini untuk memudahkan guru menguasai pelajar
dan kawalan kelas menjadi lebih mudah. Jika keadaan ini berlaku, maka p&p
akan mudah disampaikan dan masalah pembelajaran juga akan dapat dikurangkan.
Teori Kecerdasan Pelbagai
Howard Garner (1983)
Menurut Garner,
kecerdasan yang terdapat pada seseorang bukanlah hanya diwarisi semata-mata.
Pada pandangan beliau, jika ibu bapa tidak cerdas tidak semestinya anak-anak
turut akan tidak cerdas. Begitu juga sebaliknya jika ibu bapa cerdas, belum
pasti anak-anak akan menjadi cerdas secara semula jadi. Perkara ini melalui
kajian beliau terhapat lapisan masyarakat, kanak-kanak biasa dan istemewa serta
kelompok manusia yang mempunyai kriteria yang istemewa. (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul
Aziz Shukor, 2007)
Menurut Gardner
lagi, teori ini berdasarkan ujian yang mengukur kemampuan pemikiran. Kecerdasan
pelbagai mempunyai Sembilan jenis hasil daripada pengembangan kecerdasan otak
(IQ), kecerdasan emosi (EQ), dan kecerdasan spiritual (SQ). Ini dapat
diterangkan dengan RAJAH 2 berikut
![]() |
|||||||
![]() |
|||||||
![]() |
|||||||
![]() |
|||||||
![]() |
|||||||
![]() |
|||||||
![]() |
|||||||

![]() |
||
![]() |
||
![]() |
||
![]() |
RAJAH 2-
Teori Kecerdasan Pelbagai (kecerdasan ruang-visual).
Dalam menyelesaikan
masalah pembelajaran dalam subjek PSV, guru perlu berfikiran terbuka dan keluar
daripada teknik P&P tradisonal. Dengan mengetahui terdapatnya jenis-jenis
kecerdasan pelbagai ini menuntut guru lebih peka keadaan sekeliling untuk
menjadikan perkembangan P&P dapat dijalankan dengan baik.
Teori Pelaziman Operan Skinner
Bagi memudahkah kita
memahami teori pelaziman operan skinner, rujuk kepada RAJAH 3 di bawah.
![]() |
![]() |
||
Sumber: Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul
Aziz Shukor, 2007)
RAJAH
3- Teori Pelaziman Operan Skinner.
Prinsip-prinsip
pembelajaran yang dikemukan oleh ahli psikologi behaviorisme sangat praktikal
dan berkesan untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah, hanya memerlukan
sedikit perancangan oleh guru untuk menyelesaikan maslah pembelajaran pelajar
yang dapat dikesan mengikut pelajarnya. Menurut Skinner (1953) dalam teori
pelaziman beliau menyatakan tingkah laku itu boleh dikukuhkan atau dihapuskan
(tidak diulang) jika diberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang dan
seterusnya akan membentuk perlakuan yang kompleks daripada pelakuan yang mudah.
Teori ini mudah dan
guru perlu mengaplikasikan semasa menjalankan P&P di bilik darjah.
Peneguhan merujuk kepada satu gerak balas yang memuaskan setelah sesuatu
tingkah laku dipamerkan (skinner 1953). Dalam teori ini peneguhan dibahagikan
kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif
lebih kepada bentuk motivasi diri kepada pelajar seperti kata-kata pujian,
senyuman atau tepukan tangan. Peneguhan negative pula tindak balas yang kurang
selesa akibat satu tingkah laku yang ditunjukan pelajar, contoh paling mudah
ialah guru memarahi pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah atau menegur
kerana tidak berminat dalam kelas. Skinner juga menerangkan dua jenis hukuman
iaitu hukuman persembahan dan hukuman penyingkiran.
Hukuman persembahan
lebih kepada tindakan rangsangan untuk menjadikan satu perubahan positif
daripada tindakan yang negatif, ia bersifat sekadar menakutkan pelajar dan
tidak melibatkan aktiviti fizikal. Sebagai contoh hukuman ini ialah lari pusing
padang, memberikan kerja tambahan dan membersihkan tandas sekolah. Hukuman
penyingkiran pula ialah melibatkan satu arahan untuk menyekat yang bertujuan
sebagai hukuman, contohnya guru mengenakan hukuman tidak masuk ke dalam bilik
tayangan semasa kelas PSV seperti kelazimanya atas sebab kebanyakkan pelajar
gagal ujian pertama persekolahan.
Teori Modeling Albert Bandura (1925 hingga kini)
Dalam
teori modeling, Dr. Bandura menjelaskan bahawa pembelajaran bukan sahaja
melalui rangsangan tindak balas tetapi melalui peniruan. Beliau menekankan
bahawa peniruan model merupakan asas penting dalam pembelajaran sosial.
Contohnya apabila tingkah laku seseorang itu ditiru, maka orang itu secara
langsung menjadi model si peniru tanpa memerlukan sebarang peneguhan atau
ganjaran. Beliau menambah lagi, satu sifat kelemahan manusia adalah tidak mampu
untuk memberikan ganjaran kepada semua manusia dalam satu masa yang sama.
Menurut beliau, binatang dan manusia akan belajar melalui proses peniruan
walaupun tidak diberikan ganjaran atau peneguhan. Kajian Dr. Bandura yang
popular ialah kajian tingkahlaku agresif kepada sekumpulan kanak-kanak dengan
menggunakan patung “Bobo”.
Dalam
teori modeling, Dr. Bandura melibatkan empat proses iaitu pemerhatian,
penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Peniruan bermula daripada proses
pemerhatian, dengan melakukan pemerhatian terhadap sesuatu model seseorang akan
mempelajari sesuatu yang ingin ditirunya. Proses penyimpanan akan berlaku dalam
bentuk gambaran dalam minda tentang tingkah laku yang ingin ditirunya, proses
peniruan berterusan kepada tahap pengeluaran iaitu mengeluarkan semula maklumat
tingkah laku yang ingin ditiru atau menukarkan satu idea kepada perlakuan
nyata. Proses pengeluaran maklumat kepada tindakan ini akan lebih berkesan
sekiranya seseorang itu membuat latihan yang berterusan. Akhir sekali ialah
proses motivasi, apabila seseorang itu meniru sesuatu tindakan atau tingkah
laku akan wujud faktor-faktor motivasi sebagai peneguhan seperti ganjaran yang
diingini sebagai pendorong pembelajaran yang berterusan.
Sebagai
mengaplikasikan teori ini dalam menjawab permasalahan pembelajaran pelajar,
guru harus kreatif untuk menjadikan diri guru itu sebagai model ikutan. Cara
lain adalah menjadikan orang sekeliling seperti kalangan pelajar sendiri, ibu
bapa pelajar atau tokoh-tokoh pemimpin setempat sebagai model untuk diperhatiakn
oleh pelajar-pelajar yang bermasalah di sekolah sebagai pendorong untuk berubah
kepada lebih baik.
MENGAPLIKASIKAN TEORI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kebanyakkan
pelajar kurang berminat untuk mempelajari subjek PSV di dalam kelas, contohnya
pada bab awal pelajar akan didedahkan dengan Asas Seni Reka iaitu
memperkenalkan unsur-unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan
dan warna. Kandungan silibus seperti ini dianggap kelaziman biasa bagi pelajar,
walaupun hakikatnya mereka harus lebih mengetahui secara formal dan sistematik.
Keadaan ini boleh dikaitkan dengan aspek personaliti pelajar itu, menurut Teori
Personaliti Freud, setiap murid di dalam kelas mempunyai komponen personaliti
yang berbeza-beza iaitu id, ego dan superego (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor
2007).
Jika pelajar itu
beranggapan bahawa kandungan silibus dalam PSV ini adalah sesuatu yang biasa
dan tidak perlu dipelajari, maka pelajar ini akan bertindak untuk membuat
perkara lain, melakukan tindakan-tindakan untuk menarik perhatian guru dan rakan
dan seterusnya mengganggu P&P yang sedang berjalan. Pelajar ini telah
menonjolkan idnya iaitu lebih mengutamakan keperlua diri sendiri sahaja tanpa
mengira keperluan orang lain termasuk rakan yang ingin belajar atau pun guru
yang sedang mengajar. Dalam membincangkan personaliti pelajar ini, tahap umur
awal 14 tahun membuatkan pelajar-pelajar ini masih lagi terbawa-bawa sikap dan
perangai semasa sekolah rendah, maka sifat keanak-anakkan jelas terlihat di
dalam bilik darjah. Personaliti-personaliti pelajar seperti id, ego dan
superego harus difahami oleh guru sebelum menjalankan P&P demi memastikan
guru akan dapat menjalankannya dengan lebih effisen pengajaran silibus PSV
dengan tahap personaliti pelajar-pelajar ini.
Masalah
pembelajaran pelajar yang kurang berminat dengan PSV juga berkait rapat dengan kecerdasan
pelajar, di SMK Seri Permaisuri bukan semua pelajar tingkatan dua tidak
berminat dalam subjek PSV ini. Terdapat di dalam silibus PSV berkaitan dengan komunikasi
visual yang memerlukan pelajar membuat grafik dan multimedia serta memerlukan
pelajar menggunakan teknologi, perisian dan internet. Keadaan ini menjadikan
pelajar-pelajar daripada kategori kecerdasan visual-ruang amat berminat untuk
mempelajarinya. Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar mempunyai tahap
kecerdasan visual-ruang seperti yang dikatakan dalam teori kecerdasan pelbagai Howard
Gardner (1983). Keadaan ini akan menjadikan pelajar-pelajar yang mempunyai
kecerdasan pelbagai yang lain seperti verbal-linguistik, logical –matematik,
kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalist dan
eksistensialisme kurang berminat atau menjadi tidak berminat langsung sekiranya
P&P untuk PSV dijalankan.
Bagi
pelajar yang mempunyai kecerdasan visual –ruang biasanya mereka tiada masalah
untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti seni kerana kebolehan mereka
mengamati dunia luar secara visual. Mereka mampu menceritakan secara gambaran
dan bayangan tiga dimensi, pelajar-pelajar jenis ini kaya dengan imaginasi dan
kreatif dalam perkara-perkara yang melibatkan visual, jika dilatih dan terus
dicungkil bakat mereka biasanya golongan pelajar ini akan menjadi pelukis
terkemuka, arkitek, pengukir dan pereka yang hebat. Guru perlu sedar dengan
kepelbagaian kecerdasan dalam bilik darjah sebelum menjalankan p&p,
pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk mempelajari subjek PSV atas
kecenderungan kecerdasan mereka kepada bidang lain tidak harus di pinggirkan,
dengan menggunakan teori modeling, pelajar-pelajar ini harus diberikan
gambaran. Gambaran yang sesuai untuk dijadikan contoh ialah rakan mereka yang
mempunyai kecerdasan visual-ruang, terangkan komitmen dan kesungguhan rakan
mereka ini dalam menghasilkan karya seni, menunjukkan hasil karya yang cantik
dan memfokuskan kerja yang boleh diceburi untuk aktif dalam bidang seni visual
ini.
Keadaan kecerdasan
emosi (EQ) juga boleh diambil kira, ia mungkin disebabkan persekitaran pelajar sama
ada keaadaan berlaku di rumah seperti pergaduhan ibu bapa pelajar, pelajar
bergaduh sesama sendiri, dimarahi guru atau masalah percintaan zaman remaja. Emosi
pelajar perlu diambil kira, contohnya di dalam sub-tajuk komunikasi visual ini
sesetengah pelajar telah berjaya menghasilkan grafik yang menarik akan berasa
bangga dan terus berminat untuk mencuba. Berbanding kepada pelajar-pelajar yang
gagal membuat tugasan grafik akan berasa rendah diri, dan kurang berminat untuk
meneruskan pembelajaran, perkara ini akan lebih teruk lagi apabila pelajar tadi
ditertawakan oleh rakan-rakan yang berjaya menghasilkan grafik yang menarik tadi.
Oleh kerana itu, guru harus dapat mengawal
emosi diri sendiri dahulu dan harus peka terhadap kecerdasan emosi
pelajar-pelajar di dalam kelas. Bagi guru yang peka dia akan dapat meramalkan
perubahan emosi pelajar kerana emosi ialah gambaran perasaan pada seseorang. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul
Aziz Shukor (2007) dan
lebih mudah guru ini menguasai dan mengawal keadaan seterusnya melancarkan
penyampaian P&P di dalam kelas. Merupakan satu perkara yang merugikan
sekiranya pelajar-pelajar sudah berminat untuk belajar, tetapi dihalang oleh
satu-satu perkara yang melibatkan emosi semata-mata. Emosi merupakan sifat
dalaman seseorang, kesan emosi akan mempengaruhi tingkah laku dan cara mengawal
emosi memerlukan kemahiran yang harus dipelajari (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz
Shukor,2007), keadaan ini
bagi memastikan guru sentiasa dapat mengawal emosi diri sendiri atau pun emosi
pelajar-pelajarnya.
Satu masalah
pembelajaran dalam subtopik PSV ialah memerlukan anugerah bakat dan minat untuk
menghasilkan karya seni yang benar-benar menarik dan dapat dinilai. Bakat
adalah satu anugerah dan setiap manusia akan membawa bakat tersendiri. Bakat
menyanyi, melukis, bercerita dan berlakon adalah contoh bakat yang ada. Minat
pula ialah kecenderungan individu yang tinggi terhadap satu aktiviti dan ia
bersifar universal (Suppiah
Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor,2007). Sebagai contoh dalam penghasilan Seni Halus
pelajar akan menghasilkan karya seperti lukisan, catan, arca dan cetakan. Semua
sub-sub topik ini sebenarnya memerlukan bakat dan minat yang mendalam serta
kesungguhan untuk menghasilkan karya berbentuk seni halus. Kerap kali pelajar
tingkatan dua di SMK Seri Permaisuri menjadikan alasan tidak berbakat dan tidak
berminat dalam penghasilan karya seni dan seterusnya menjadikan mereka tidak
mahu belajar.
Albert Bandura dalam
teori pembelajaran sosial ada menyatakan bahawa pembelajaran itu menerusi
pemerhatian dan peniruan atau menjadikan sesuatu itu model untuk diikuti (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul
Aziz Shukor, 2007). Maka dengan mengaplikasikan Teori Model ini, guru itu
sendiri harus berbakat dan mempunyai minat yang mendalam dalam penghasilan
karya seni. Contohnya, jika guru mengarahkan pelajar untuk melukis satu
pemandangan dengan gunung-ganang dan sawah padi dalam masa yang sama guru itu
sendiri tiada teknik melukis, tiada pengetahuan cara pengolahan unsur-unsur
seni atau pun tidak mengetahui teknik-teknik catan (Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, 2006) sudah barang tentu pelajar akan mula
bosan dan tiada idea untuk menghasilkan karya yang baik.
Dalam keadaan ini, guru
tidak harus dipersalahkan semata-mata kerana adalah mustahil seorang guru yang
opsyen sains dan tidak mempunyai bakat atau minat dalam penghasilan karya seni
diarahkan oleh pentadbiran sekolah untuk mengajar PSV. Faktor-faktor seperti
ini amat sukar diatasi untuk menyelesaikan masalah pembelajaran dalam PSV
melibatkan bakat dan minat. Walaubagaimana pun, sebenarnya dalam silibus PSV
telah terdapat cara dan teknik penghasilan hasil seni itu, inisiatif guru amat
diperlukan untuk mengasah minat dalam penghasilan karya seni walaupun guru itu
tiada bakat. Sekurang-kurangnya guru harus dapat menghasilkan satu karya
lukisan pemandangan yang cantik pada pandangan pelajar dan itu memadai untuk
pelajar-pelajar ini menjadikannya sebagai contoh dan idea untuk menghasilkan
karya seni mereka. Apabila pelajar-pelajar ini mula berminat dengan hasil karya
guru tadi, mereka akan mula berminat untuk menghasilkan karya yang hampir atau
lebih baik daripada hasil karya guru, maka teori model Dr. Bandura boleh
diaplikasikan dalam masalah ini.
Subtopik dalam silibus
PSV ada mengajar tentang kraf tradisonal dan dimensi baru, dalam tajuk ini
memerlukan pelajar mempelajari asas pembuatan tembikar, batik, ukiran kayu,
anyaman, tenunan dan seni tekat (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002). Masalah pembelajaran di sini ialah memerlukan kreativiti pelajar kerana pelajar akan
menghasilkan motif-motif atau corak mereka sendiri sebelum diterjemahkan kepada
ukiran sebenar. Masalah mula timbul apabila pelajar-pelajar ini terbahagi
kepada dua kumpulan besar secara tidak langsung,
Kumpulan pertama mereka
yang tidak berminat dengan subtopik ini terdiri daripada pelajar-pelajar kelas
cemerlang hingga pertengahan. Manakala kumpulan satu lagi ialah pelajar yang
menunjukkan minat yang mendalam kebanyakkan daripada pelajar-pelajar galus dan
kurang cemerlang. Mengikut kajian, pelajar sederhana lebih kreatif daripada pelajar
pintar, dan tidak dinafikan pelajar yang tinggi tahap kecerdasanya mudah
menjadi kreatif. (Suppiah
Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor, 2007). Keadaan ini berlaku dalam
kalangan pelajar tingkatan dua SMK Seri Permaisuri dalam mempelajari subtopik
ini, kita boleh melihat bahawa pelajar di kelas cemerlang tidak kurang berminat
kerana tidak mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
Manakala pelajar
daripada kelas kurang cemerlang pula mempunyai daya kreatif tinggi dan
menunjukkan minat terhadap subtopik ini tetapi kurang mempunyai kecerdasan
tinggi dalam pelajaran. Peranan guru dalam galakan dan peneguhan amat penting
kepada kedua-dua jenis kumpulan ini, Teori Peneguhan Skinner boleh digunakan
dalam menghadapi maslah pembelajaran ini. Bagi pelajar-pelajar cemerlang, guru
boleh memberikan peneguhan negatif seperti memarahi kelas-kelas cemerlang ini
dengan memberi contoh rakan pelajar mereka daripada kelas bawah tetapi
mempunyai minat dan kreatif, guru juga boleh membawa hasil-hasil karya daripada
pelajar-pelajar kurang cemerlang ini sebagai motivasi kepada kumpulan yang
tidak berminat dengan subtopik PSV ini.
Dengan demikian
kumpulan pelajar yang cemerlang ini akan rasa tercabar dan akan menukar
persepsi terhadap PSV dan berusaha untuk merangsang daya kretiviti mereka pada
masa akan datang. Bagi peneguhan kepada pelajar yang kurang cemerlang tetapi
kreatif pula, guru perlu menggunakan peneguhan positif kepada mereka. Guru
boleh mengangkat karya-karya seni mereka yang baik untuk dijadikan contoh
kepada rakan lain, menampal atau menggangtung hasil karya mereka di sudut-sudut
bacaan atau memberikan hadiah kepada mereka yang mampu menghasilkan karya seni
yang baik atau sekurang-kuarangnya guru harus memuji hasil yang telah dicipta
oleh pelajar-pelajar ini. Perkara ini akan menjadi motivasi dalam P&P akan
datang. Kesan jangka panjang, pelajar ini akan terus memperkembangkan bakat dan
kreativiti mereka walaupun kurang dari segi kecerdasan. Oleh itu guru harus
meneliti tahap kreativiti yang dimiliki oleh pelajar dan berusaha mencari jalan
untuk menggembangkannya.
KESIMPULAN
Masalah pembelajaran di
kalangan pelajar tingkatan dua di SMK Seri Permaisuri dalam PSV bukan berpunca
semata-mata dengan kandungan silibus PSV itu sahaja, tetapi lebih kepada faktor
penyampaian P&P guru, terdapatnya
perbezaan individu dan kepelbagaian kecerdasan pelajar di dalam sesebuah kelas
itu. Kandungan silibus yang telah diatur oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
cukup lengkap dengan sukatan dan huraian pelajaran serta ianya praktikal untuk
P&P pelajar-pelajar ini.
Pengolahan teknik guru
berkaitan kaedah penyampaian P&P dalam melaksanakan silibus PSV amat
penting, dengan mengaplikasikan beberapa terori dalam pendidikan seperti Teori
Pelaziman Operan, Teori Modeling, Teori Kecerdasan dan Teori Personaliti
menjadikan guru akan lebih maju dalam melaksanakan tugas malah dapat
mengurangkan permasalahan dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Kepekaan
guru dalam mengaplikasikan teori-teori pendidikan ini mencerminkan kesediaan, kesungguhan dan
kematangan fikiran seorang guru dalam menghadapi kepelbagaian pelajar di sebuah
sekolah itu.
Kepelbagaian pelajar
begini memberikan implikasi yang besar dalam isu bilik darjah contonya cara
pelajar mendapatkan peneguhan, gaya belajar pelajar, gaya berfikir dan kaedah
p&p yang ingin dijalankan oleh guru. Guru tidak seharusnya menjadikan
alasan tahap kecerdasan pelajar untuk tidak mengajar dengan sempurna atau
menjadikan alasan silibus subjek tidak praktikal untuk disampaikan. Guru masa
kini harus berusaha lebih dan meninggalkan cara klasik dalam P&P seiring
perubahan zaman pelajar yang terdedah kepada maklumat-maklumat yang dapat
diperolehi dengan mudah. Guru-guru akan menjadi model yang hebat di mata
pelajar, sebagai bahan rujukan bergerak mereka dan mampu melahirkan warganegara
Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Kementerian
Pelajaran Malaysia 1996).
Bibliografi
Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman (2008), Falsafah Pendidikan
dan Kurikulum edisi
kedua, Tanjong Malim Perak : Quantum Books.
Kementerian
Pendidikan Malaysia (2002) Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 2 KBSM
Pendidikan
Seni Visual, Kementerian Pendidikan Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mazlan Othman, Ruzitah Tapah (2006), Teks Lengkap Pendidikan
Seni Visual KBSM
Tingkatan 2, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Suppiah
Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor (2007), Psikologi Pendidikan,
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.